Monday 12 January 2015

Pengalaman: Meredah private Medical Centre dan government hospital di Dubai

Untuk pertama kali dalam hidup, aku tahu apa itu ECTOPIC pregnancy atau dalam bahasa Malaysia kandungan di luar rahim. Seperti mana mana pasangan yang berkahwin sudah tentu mahukan zuriat. Bila isteri kesayangan aku memberi tanda kehamilan macam selera makan yang pelik dan meningkat..aku dah agak..mesti mengandung. Alhamdulillah...sudah tentu kami suka. Tapi agak mengejutkan..kandungan tersebut tidak dapat dikesan dan akhirnya doctor mengesahkan isteriku mengalami ectopic pregnancy.



Aku nak kongsi pengalaman kisah ini bermula dengan initial check up. Pada 24hb Dec 2014, malam tu wife aku mengadu sakit dibahagian bawah perut. Sakitnya lebih dari 'period pain' ada sedikit tanda spot. Esoknya kami pergi ke Specialist Medical Center Al Barsha. Aku terkejut tengok doctor yang bertugas...seorang wanita yang dah tua lingkugan umur 80an (dalam hati aku mungkin lagi tua lagi banyak pengalaman). Dengan doc ni buat kami bertambah keliru kerana statement selalu bertukar. Hari pertama jumpa dia dan sebelum keputusan makmal darah keluar..dia suruh buat D&C. Kemudian dia suruh buat detail scan dan resultnya dia cakap sah Ectopic disebelah kanan (sebenarnya sebelah kiri). Tapi yang buat aku lagi geram sebab dia bertindak diluar jangkaan sebab suruh aku bayar consultantion fees terus kepadanya. Dengan 'Medical Centre' ni sahaja aku habis hampir AED2k.

Kemudian kami terus ke Prime Medical Centre secara tak sengaja. Sebab carian di google nak cari Prime Hospital tapi maps bawa ke Prime Medical Centre. Disana kami jumpa Doctor Farida. Dia nampak lebih professional dan yakin. Dia hampir pasti isteri aku mengalami ectopic tapi perlu rujuk ke Hospital yang mempunyai peralatan yang lebih baik. Bayar lagi AED200.

Atas nasihat Doc Faridah kami terus ke Prime Hospital. Rupanya ini private hospital yang baru. Memang mewah. Kami jumpa dengan Doctor Shameem. Sangat berpengalaman orangnya. Dia cakap, keadaan stabil setelah buat detail scan dan ujian darah. Bayar lagi hampir AED1k. Dia cakap kalau buat procedure seterusnya memakan belanja antara AED9k keatas dan boleh mencecah belasan ribu!! Tiba tiba pada kesokannya, doc suruh segera ke hospital kerajaan...Latifa Hospital. Aku rasa Doc Shameem curiga dengan keputusan makmalnya dan mahu rawatan segera dan terbaik.

Di Latifa Hospital ternyata persepsi buruk kami tentang keadaan hospital, kelengkapan dan layanan meleset. Malah aku rasa ianya jauh lebih baik dari yang kononya 'Private Medical Centre'! Yang lambat sikit cuma masa registration. Bila sahaja Doctor di emergency section mengesahkan bahawa wife aku perlu segera mendapat treatment dan masuk wad...berdezup dezup follow up dari nurse dan doctor. Rasa dah macam VIP! Tapi inilah sebenarnya standard mereka. Service tanpa diskriminasi. 

Entrance masuk ke Latifa Hospital. Memang cantik dan nyaman (kebetulan winter kot)

 Wifi memang free disini dan tiada limit!

 Corridor menghala ke wad. Security guard disini memang sopan dan boleh discuss kalau nak masuk diluar waktu lawatan.

Walaupun bilik ni share 4 katil tapi kalau boleh hanya dua pesakit yang ditempatkan pada satu masa. Bilik bersih dan selesa. Cuma AED150 untuk 1 malam termasuk selang 1 jam nurse atau doc akan datang check.

Ini lah teman setia aku sepanjang disana. Cuma AED2 untuk secawan mocha atau hot chocolate

Terkejut aku...kat hospital ni tetamu juga akan dihidangkan dengan air dan makanan!


Dan yang paling aku terkejut, kos keseluruhan cuma AED4+++. Kalau treatment dan service yang sama di private hospital lain di Dubai atau Malaysia memang akan cecah belasan ribu! Shukur Alhamdulillah

Mulai sekarang aku akan terus mendapatkan service di hospital kerajaan shj. Aku dapati semua doctor dan nurse bersikap professional, ramah dan sangat polite. Shukur pada ALLAH kerana telah memberi wife aku kesihatan dan rezki pada kami.




Friday 2 January 2015

H HOTEL, Dubai - Gugur rambut ku kerana mu!

Alkisah..boss aku cakap since aku selalu buat project hotel maka dia assigned project H Hotel ni pada aku. Hotel ni dimiliki oleh keluarga Raja Abu Dhabi. Latar belakang project ini ialah pengubahsuaian ruang lobby, courtyard, reception dan all day dining. Dari konsep asal yang bertema pure Arabian kepada uptrend luxury. Sungguh mencabar project ni..pihak hotel pada saat akhir menurunkan budget mendadak. Maka aku selaku Pengurus Projek perlu mamastikan konsep keseluruhan dikekalkan , mencari alternative product dan construction method yang paling cost effective.

GAMBAR SEBELUM PENGUBAHSUAIAN

 Ruang yang kelam seperti keadaan lorong jalanan

 Pencahayaan lebih mencukupi tetapi tiada impak

 Ruang resepsi dah macam...entah!

 Rekabentuk Arabian

 Lobby lounge...mamang tak ramai yang nak lepak

 Sedih...All Day Dining yang buat takde mood nak makan

 Apakah itu sarang burung atau lampu?

 Kononnya..ini adalah bar lounge

 Ruang santai di bar lounge

 Hotel ini menjadi tumpuan warga arab yang kaya

 PEMBINAAN

Sebelum bermula..segala yang akan diguna semula akan di alas

Semasa pembinaan hotel ini masih beroperasi. Jenuh nak control bunyi dan habuk

memang gigih buruh India...tanpa mereka memang tak siap


Pembinaan terdahulu memang over specified...nak pecahkan concrete ni hampir 2 minggu!


New concrete raised floor in progress




Circular bar in progress. Siap nanti terus bawa ke site untuk pasang


manlift digunakan untuk memasang cermin pada ketinggian 16 meter


Temporary terpaksa di pasang sementara menunggu hand tufted carpet sampai - Delayed!


Bar yang hampir siap

Lounge area disusun juga walaupun mengunakan temporary carpet - client tak sabar dah

Aku panggil ni 'Carpet Monster Anakonda' baru sampai. 2 orang cedera kerana terjatuh masa angkat


Proses penyediaan tapak memasang carpet



Hampir 30 orang diperlukan nak pasang carpet ni



Memang cantik hand tufted carpet ni...berbaloi tunggu selama 2 bulan

COMPLETED







keseluruhanya project ini berjaya disiapkan dengan budget yang ridiculous! Sekarang ni di Dubai...client semua nak siap dengan cepat, mewah dan quality. Maka hasilnya...kami yang berkerja ni memang boleh sakit jiwa! Apa pun shukurlah dengan rezeki yang ada dan pengalaman yang ada.


Friday 4 July 2014

Interior - Kempinski Hotel Mall Of Emirates & Tapas Bodega

Kempinksi Hotel, Mall Of Emirates

Apa kerja aku?

Ni nak cerita...dari aku kecik memang suka pasal construction. Bermula dari bawah iaitu sebagai draftman sehingga sekarang yang takde lah hebat mana sangat. Tapi tercapai juga niat untuk mendalami bidang ni. Kerja aku cenderong kepada interior design and construction. Tapi aku mengkhusus kepada Project Management.

Interior construction sebenarnya lebih rumit daripada general civil construction. Ini disebabkan setiap project mempunyai tempoh waktu yang pendek untuk disiapkan. Pengunaan bahan pula lebih daripada biasa. Di Dubai, segalanya mahu kelihatan berbeza, premium dan unik. Oleh sebab bermacam kerenah, tekanan jadual yang ketat dan penekanan kualiti kerja yang tinggi...maka di sini nilai 'rambut' sebagai ganti...hehe. Sebab tu lah aku kena tepek gam rambut yang dah 'kadang kadang' je nampak kat kepala ni...hehe.

Ok...ni project yang aku siapkan di Kempinski Hotel Mall of Emirates. Project ni ialah menaik taraf ruang lobi, resepsi, dan bilik bilik hotel. Juga termasuk didalam scope ialah menyiapkan restaurant dan bar berkonsepkan Spanish.

Ruang Tamu - Italian Marble

 Lobby Link - Chandelier Swarovski

Salero Tapas & Bodega - Spanish Restaurant

Itu lah raga yang buat aku pening nak susun dan gantung. Raga macam ni pun dari Spain?

 Pencahayaan banyak memainkan peranan


Ruang dinding di salut Solid Oak wood - memang raw dan cantik kalau pakai lantai kat rumah..hehe